ferzalfie@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, melangkah ke pusingan kedua Masters Indonesia selepas menewaskan pasangan China, Zhu Yi Jun–Li Qian dalam aksi pusingan pertama, sebentar tadi.
Dalam perlawanan yang berlangsung selama 56 minit, Tang Jie–Ee Wei yang juga pilihan ketiga terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 21-19, 20-22, 21-10.
Mereka yang juga juara dunia tahun lalu hampir menamatkan perlawanan lebih awal pada set kedua, namun kembali bangkit dengan aksi lebih kemas pada set penentuan untuk mengesahkan kemaraan.
Di pusingan kedua, Tang Jie–Ee Wei bakal berdepan pemenang pertemuan antara pasangan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul–Sapsiree Taerattanachai, atau wakil tuan rumah, Amri Syahnawi–Nita Violina Marwah.
Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara Goh Soon Huat–Shevon Lai terkandas di pusingan pertama selepas tewas kepada pasangan tuan rumah Adnan Maulana–Indah Cahya Sari Jamil 21-18, 18-21, 20-22.
© New Straits Times Press (M) Bhd




