Perkongsian pelakon Janna Nick menjadi perhatian apabila memuat naik video dia bersama suaminya, Dini Schatzmann memperbaiki bacaan ayat Al-Quran.
Menerusi video berkenaan, memaparkan Dini dilihat sedang belajar sebutan yang betul surah Al-Fatihah.
BACA: “Semoga Ada Rezeki Tolak Stroller Pula” – Kapsyen Janna Nick Undang Sebak
Sementara itu, Janna turut mengajak orang ramai untuk perbaiki bacaan Al-Fatihah bersama-samanya.
“Abaikan follow viral trend, jom betulkan bacaan Al-Fatihah kita,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Dini untuk perbetulkan bacaannya serta mendoakan agar pasangan itu sentiasa istiqamah dalam beribadah.




