Oh! Artis
Sasha Abdul Aziz akui baru tahu hukum rawatan Miss V dan ambil keputusan untuk padam perkongsian terdahulu.
Sebelum ini, influencer dan ibu kepada tiga cahaya mata, Sasha Abdul Aziz menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman menjalani rawatan kecantikan untuk bahagian intim wanita.
BACA: “Maklumlah Dah Anak Tiga” – Influencer Selamba Kongsi Buat Rawatan Miss V Bagi Putih Dan Ketat
Perkongsian itu walau bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi kerana menyentuh topik yang dianggap sensitif.
Sasha akan lebih berhati-hati lepas ni
Terbaharu, Sasha tampil memberi penjelasan selepas membaca kenyataan daripada pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang memaklumkan rawatan sebegitu boleh jatuh hukum haram.

Menerusi satu hantaran di Thread, Sasha berkata dia tidak berniat menyinggung mana-mana pihak. Sebaliknya, perkongsian dibuat adalah berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai seorang ibu yang ingin berkongsi tentang keyakinan diri selepas bersalin.
Sasha juga mengakui dirinya terlalu teruja apabila bercakap soal kecantikan sehingga kadangkala berkongsi tanpa memikirkan sensitiviti isu tersebut.

Pssttt! Semoga isu ini jadi pengajaran buat semua untuk lebih peka terhadap batas perkongsian di media sosial. Kita doakan Sasha terus diberi petunjuk dan kebaikan dalam setiap usaha yang dilakukan.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




