Oh! Artis
Nurnilam Ortiz tampil beri sokongan kepada Puteri Balqis dan tawar diri untuk bayar semua kos guaman jika disaman.
Ketika isu melibatkan Puteri Balqis semakin panas dan dikatakan bakal berdepan tindakan saman, usahawan dan pempengaruh TikTok Nurnilam Ortiz tampil memberikan sokongan padu.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Nurnilam menyatakan kesediaannya untuk membantu sepenuhnya jika Balqis disaman.
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng ini juga berjanji akan menanggung segala kos guaman demi memastikan Puteri Balqis dan ibunya mendapat pembelaan sewajarnya.
“Puteri Balqis is a good kid”
Menurut Nurnilam, orang yang pernah melalui banyak luka biasanya akan berani bersuara kerana telah lama berdiam diri.

Dia menyifatkan Puteri Balqis sebagai seorang anak seni yang baik dan mempertahankan bahawa kebenaran serta maruah adalah sesuatu yang perlu ditegakkan.
Nurnilam juga berharap agar orang ramai tidak terus mengganggu Balqis dan ibunya, sebaliknya memberi ruang untuk mereka bertenang dan menguruskan keadaan dengan tenang.
“Kami tidak akan berganjak, sedia dipenjara” – Puteri Balqis



Terdahulu, kenyataan Puteri Balqis yang menerima mesej berkaitan saman turut mendapat perhatian apabila dia dilaporkan sanggup berdepan apa sahaja risiko, termasuk dipenjara.
Balqis tetap dengan pendiriannya dan tidak gentar dengan sebarang tindakan yang bakal diambil terhadapnya.
Pssttt! Tindakan berani Puteri Balqis untuk terus bersuara walaupun berdepan risiko nyata tidak mudah. Namun sokongan ikhlas seperti yang ditunjukkan oleh Nurnilam Ortiz membuktikan masih ada yang mahu mempertahankan kebenaran. Semoga Puteri Balqis terus kuat dan tabah menghadapi segalanya.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




