am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Wanita warga emas berusia 70 tahun ditemui meninggal dunia dalam kebakaran rumah di Jalan Tok Guru, di sini hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Satyuti Satar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 5.58 petang.
Katanya, 27 anggota dan tiga jentera serta kenderaan EMRS dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) ke lokasi untuk operasi pemadaman.
“Kebakaran membabitkan rumah jenis sementara dengan anggaran kemusnahan 98 peratus,” katanya.
Maklumat lanjut menyusul.
© New Straits Times Press (M) Bhd




