London: Pep Guardiola menjadi tular di media sosial selepas mengucapkan ‘InsyaAllah’ ketika sidang media praperlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Wolverhampton Wanderer, kelmarin.
City bergelut dengan senarai kecederaan yang panjang pada musim 2025/26 dan pengurusnya, Guardiola akui ia menjadi masalah besar kepada mereka.
Namun, apa yang menarik perhatian peminat ialah kata-katanya ketika mengharapkan pemain dapat pulih daripada kecederaan secepat mungkin.
Semasa memperkatakan kesukaran pasukannya untuk menembusi pertahanan 4-4-2 (khususnya perlawanan baru-baru ini menentang Bodø/Glimt), Guardiola merungut tentang kekurangan pemain sayap.
“Tidak sama jika kami ada Savinho, atau Doku, atau ada… Inshallah Oscar Bobb.”
City kini menghadapi krisis kecederaan serius dengan pertahanan dan penyerang utama tersisih.
Guardiola menjelaskan tanpa pemain sayap tertentu, pasukannya sukar memenangi pertembungan satu lawan satu terutama ketika berdepan pertahanan yang padat.
Namun, walaupun dengan ucapan itu, realitinya masih sukar. Dalam sidang media sama, apabila ditanya mengenai perkembangan Bobb (yang mengalami kecederaan jangka panjang), Guardiola secara tegas berkata: “Dia kata dia tidak cergas, jadi dia memang tidak cergas.”
© New Straits Times Press (M) Bhd




