'Bom-air drop' ditemukan, kawasan ladang sawit ditutup

'Bom-air drop' ditemukan, kawasan ladang sawit ditutup

nfazlina@nstp.com.my

Kuala Krai: Bos jenis Aerial sepanjang 58 sentimeter (cm) ditemukan di kawasan ladang sawit di Gua Ikan di sini, tengahari tadi.

Bom berkenaan ditemukan oleh orang awam jam 12.28 tengahari sebelum Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Mazlan Mamat berkata, pihaknya mendapat maklumat orang awam berkaitan penemuan satu objek besi disyaki berbentuk bom di kawasan ladang di Gua Ikan.

“Sejurus maklumat diterima, pihak polis digerakkan ke lokasi dan membuat kawalan keselamatan. Turut hadir di lokasi kejadian adalah UPB IPK Kelantan bagi menjalankan siasatan awal berkaitan objek berkenaan.

“Kawasan berkenaan sudah ditutup sepenuhnya kepada awam. Siasatan mendapati objek tersebut adalah bom jenis Aerial ‘bom-air drop’ sepanjang 58cm.

“Tindakan pemusnahan berjaya dilaksanakan pada jam 5.56 petang hari yang sama tanpa sebarang kerosakan harta benda awam mahupun kehilangan nyawa,” katanya menerusi kenyataan media.

Beliau berkata, orang ramai adalah dinasihatkan sekiranya menjumpai objek atau benda menyerupai bahan letupan, segera melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top