“Jangan Kongsi Kisah Sedih Dengan Lelaki Tak Dikenali”

“Jangan Kongsi Kisah Sedih Dengan Lelaki Tak Dikenali”

Pelakon Sherry Ibrahim mengingatkan kepada golongan wanita di luar sana agar tidak terlalu mudah mempercayai lelaki yang baru dikenali.

Menerusi hantaran di Threads, Sherry berkata tindakan tersebut seoleh membuka ruang kepada mereka untuk mengambil kesempatan.

BACA: Sherry Ibrahim Takut Ramai DM Ajak Kahwin 

“Jangan kongsi kisah sedih atau kelemahan dengan sebarang lelaki yang tak berapa kenal, khususnya mereka yang mempunyai niat tidak baik. Bila dia tahu perempuan tu lemah dia akan buat mengambil berat sebelum ambik kesempatan,” katanya.

Sementara itu, Sherry berkata ada segelintir lelaki yang bersikap lepas tangan selepas dapat apa yang mereka mahukan.

“Mula-mula buat-buat kasihan kemudian ambil kesempatan dalam kesulitan. Kalau perempuan tak nak tolong jangan paksa.

“Selepas melakukan perkara tak baik, tergamak abai dan layan seperti sampah. Rasa marah dengan perbuatan macam ini! Perbuatan akan tinggalkan lebih impak berbanding kata-kata,” katanya.


Scroll to Top