29 Januari 2026 06:22pm
Masa membaca: 4 minit

Anggota Pengawal Pantai Filipina membawa beg mayat. Foto AP
MANILA – Sebelas lagi mayat ditemukan ketika penduduk tempatan menyertai usaha mencari penumpang yang hilang daripada sebuah feri yang karam di luar pantai wilayah Basilan di selatan Filipina, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Khamis.
Jumlah kematian akibat nahas M/V Trisha Kerstin 3 meningkat kepada 29 orang berikutan penemuan 11 mayat tersebut pada pagi Khamis, lapor media tempatan.
Feri berkenaan sedang dalam perjalanan ke Pulau Jolo di wilayah Sulu dari Bandar Zamboanga apabila ia karam sebelum jam 2 pagi waktu tempatan pada Isnin di luar Pulau Baluk-Baluk di Hadji Muhtamad, sebuah perbandaran di Laut Sulu. – Bernama
Ringkasan AI
- Sebelas lagi mayat ditemukan dari feri yang karam di Filipina
- Jumlah kematian meningkat kepada 29 orang
- Penemuan mayat dilaporkan pada pagi Khamis
- Feri dalam perjalanan ke Pulau Jolo dari Bandar Zamboanga
- Karam sebelum jam 2 pagi di luar Pulau Baluk-Baluk



