Lepas kongsi foto ‘maternity’, netizen terkejut ‘bayi’ Lucinta Luna dah ghaib!

Lepas kongsi foto ‘maternity’, netizen terkejut ‘bayi’ Lucinta Luna dah ghaib!

Baru-baru ini, selebriti kontroversi Indonesia Lucinta Luna  berkongsi momen indah saat dirinya menjalani penggambaran ‘maternity’ sambil ditemani kekasih mat salihnya, yang dikatakan bapa kepada anak dikandungnya itu.

Selepas berkongsi gambar-gambar tersebut di Instagram Lucinta Luna turut berkongsi gambar dirinya bersama kekasih ketika berada di pantai.

Namun, apa yang membuatkan netizen terkejut adalah apabila perut pemilik nama Muhammad Fatah sudah kelihatan ‘kempis’.

Berikutan itu, ramai netizen memberi reaksi hairan dengan gambar tersebut kerana ia jelas menunjukkan perut lelaki itu berlainan daripada gambar-gambar terdahulu.

Selain itu, lelaki berusia 32 tahun itu turut memuat naik video memaparkan dirinya sedang terbaring di dalam tab mandi sambil menangis dan mengusap perutnya.

Dia turut memarahi netizen kerana bertindak ‘kejam’ dan mengecam dirinya di saat dia mengalami ‘struggle’ atau kesukaran dalam hidup pada saat ini, lebih-lebih lagi ketika ‘hamil’.

Dalam pada itu, pelantun lagi Bobo Di Mana itu sempat lagi mempromosikan produk pemutih ketiak dalam keadaan ‘kononnya’ sedang bersedih.

“Jahat mulut kalian semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

Melihat gelagatnya itu, netizen membuat andaian bahawa selebriti itu telah mengalami keguguran…

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang bertanya tentang kehamilannya dan tidak kurang juga ada yang terhibur melihat kelakuan lelaki itu yang dianggap tidak masuk akal dan lucu.

Terdahulu, khabar yang mengatakan Lucinta Luna hamil telah menggemparkan rakyat Indonesia sehingga netizen Malaysia terkesan sama.

Setelah itu dia sekali lagi mengejutkan ramai dengan menjalani maternity photoshoot seperti ibu-ibu hamil yang biasanya bergambar bersama suami.

Sumber: Instagram Lucinta Luna

 

 

 

 

Scroll to Top