Penyanyi Aisyah Aziz dikhabarkan telah selamat menimang cahaya mata sulungnya, baru-baru ini.
Khabar gembira itu dimaklumkan oleh ibunya, Hafiza Basharahil menerusi sebuah hantaran di Instagram, pada Jumaat.
“Hadiah yang sangat-sangat bernilai buat kami sekeluarga. Kami doakan cucunda sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah.
“Menjadi anak yang soleh, penyejuk mata pada Abah dan Ummi serta keluarga dan sentiasa berbahagia dunia dan akhirat.
“Ummi Wan dan Tok Ayah missing you already. Love and hugs to my belove daughter Aisyah dan hubby Fahrudin Amir,” katanya.
Menerusi hantaran tersebut, ibu kepada penyanyi lagu Mimpi itu turut berkongsi foto bersama cucu tersayang namun, tidak mendedahkan wajah, jantina dan namanya.
Untuk info, Aisyah telah berkahwin dengan Fahrudin Amir iaitu abang kepada pendakwah selebriti, Haris Ismail pada April 2025.




