nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Sebuah gudang di Jalan Kebun Sultan di sini, musnah dalam kebakaran malam ini.
Difahamkan, gudang terbabit dijadikan tempat penyimpanan puluhan tan limau selain kurma serta bawang yang turut musnah terbakar.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 9.09 malam.
Katanya, susulan itu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba jam 9.16 malam dengan jarak untuk ke lokasi kira-kira 2.6 kilometer (km).
“Setibanya di lokasi kita dapati kebakaran berlaku membabitkan sebuah gudang dan operasi pemadaman masih lagi dijalankan setakat ini,” katanya.
Turut kelihatan tiga lori musnah dalam kebakaran berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




