Seperti yang ramai tahu, pihak kerajaan baru sahaja mengumumkan ‘lockdown’ ke atas seluruh Malaysia dan ia bakal bermula pada 1 Jun akan datang, semalam.
Namun begitu, sejak pagi tadi, tular di media sosial menunjukkan gambar di tol Gombak menghala ke Bentong and tol Sungai Besi menuju ke selatan yang terlihat padat dan sesak dengan kenderaan-kenderaan.
Bukan rakyat sahaja, tetapi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah turut meluahkan kebimbangan berkenaan situasi terbabit.
Tak cukup dengan itu, gambar-gambar mempamerkan orang ramai sedang beratur beramai-ramai menunggu giliran untuk membeli-belah di pasaraya sekitar Malaysia juga menjadi tular di serata media sosial.
Difahamkan lagi selepas pengumuman ‘lockdown’ semalam, orang ramai mula keluar rumah seawal pukul 8 pagi tadi di beberapa lokasi pasaraya seluruh Malaysia.
Terbaru di laman sosial Twitter, #RakyatGagal kini menjadi trending nombor 1 menggantikan #KerajaanGagal yang pernah trending sebelum ini.
Jika sebelum ini ramai yang menyalahkan kerajaan atas kegagalan membendung penularan pandemik COVID-19, kini mereka bertukar pendapat dan menuding jari kepada rakyat pula.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal melihat sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang disifatkan seperti mencurah air ke daun keladi.
Dalam erti kata lain degil dan tidak mahu mendengar arahan. Tambahan lagi apabila kes positif COVID-19 dan jumlah kematian akibat virus itu semakin meningkat setiap hari.







Untuk rekod, hari ini (29 Mei 2021) negara kita sekali lagi mencatat bilangan tertinggi kes positif COVID-19 iaitu sebanyak 9,020 dalam masa 24 jam.

Bagi membendung penularan COVID-19, kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ pada 1 Jun ini dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.
Jadi, siapa yang salah sebenarnya? Tepuk dada tanya diri sendiri.
Kayangan atau rakyat, ingatlah bahawa seorang insan yang baik, mereka tidak sesekali menjadikan diri sebagai penyumbang utama kepada kesusahan dan penderitaan orang lain.
Sumber: Twitter




