mhafis@mediaprima.com.my
Ampang Jaya: Kebakaran hutan dikesan berlaku di puncak sebuah bukit berhampiran Menara Indah Apartment, Taman Tun Abdul Razak, di sini, malam ini.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hamdan Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.47 malam sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi.
Menurutnya, pihaknya tiba pada jam 8.53 malam dan mendapati kebakaran membabitkan kawasan hutan di puncak bukit, dan anggota bersedia di lokasi kerana tiada laluan masuk ke tempat api.
“Setakat ini keadaan dilaporkan terkawal dan tiada kemerebakan api dikesan.
“Seramai empat anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) terbabit dalam operasi pemantauan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




