Pendakwah Bebas Dan Ketua Jabatan Pusat Pendidikan Direman Semula, Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

Pendakwah Bebas Dan Ketua Jabatan Pusat Pendidikan Direman Semula, Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

Trending

Pendakwah bebas sekali lagi direman kerana disyaki seleweng dana institusi.


Siapa sangka individu yang dipercayai menyebarkan dakwah boleh terlibat dengan kes penyelewengan dana sehingga mencecah jutaan ringgit?

Inilah yang mengejutkan ramai apabila seorang pendakwah bebas bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sekali lagi direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.

Guna dana untuk beli rumah setengah juta?

Memetik laporan Harian Metro, reman selama tiga hari hingga Ahad ini telah dikeluarkan oleh Majistret Nur Amalina Abd Rahman selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.

Pendakwah

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki dan wanita dalam lingkungan usia 30-an itu ditahan semula pada jam 6 petang semalam di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.

Mereka sebelum ini sudah direman sehari, namun dibebaskan pada jam 5 petang hari yang sama.

Disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sprm

Suspek lelaki yang merupakan pendakwah bebas dan juga Pengarah Urusan institusi pusat pendidikan serta dakwah negeri itu dipercayai bersubahat menyeleweng dana bernilai RM1.3 juta yang dimasukkan ke dalam akaun persendiriannya.

Lebih mengejutkan, mereka dikatakan meluluskan pembelian rumah bernilai RM500,000. Siasatan juga mendapati kedua-dua mereka meluluskan pembayaran kira-kira RM600,000 untuk kutipan dana institusi tanpa persetujuan rakan kongsi lain.

Pssttt! Kalau benar seperti didakwa, amat menyedihkan apabila amanah yang diberi dikhianati sebegitu rupa. Semoga siasatan berjalan lancar dan kebenaran dapat ditegakkan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top