Trending
Penjual lembu dituduh bunuh cikgu di Bangi, berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
Bandar Baru Bangi kecoh apabila seorang lelaki yang bekerja sebagai penjual lembu didakwa atas tuduhan membunuh seorang guru sekolah rendah minggu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, tertuduh Datu Mohd Effendi Datu Mohd Salleh, dibawa ke Mahkamah Majistret dan hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saira Banu Mohamed Ashrof Raja.
Mangsa ditemui mati dalam tempoh 4 jam

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dikaitkan dengan kematian Nurul Huda Maha Liddin, 44, yang dipercayai berlaku antara jam 11 malam pada 29 Januari hingga jam 3.32 pagi keesokannya di Persiaran Pekeliling, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
Disebabkan ia melibatkan kes bunuh, tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sekiranya tidak dihukum gantung, tertuduh boleh dikenakan penjara minimum 30 tahun hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan.
Mahkamah menetapkan 2 April sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.
Pssttt! Kes ini benar-benar mengejutkan dan menyedihkan, lebih-lebih lagi melibatkan seorang pendidik yang dihormati. Semoga keluarga mangsa diberi kekuatan menghadapi dugaan ini dan keadilan dapat ditegakkan sebaiknya.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




