mohd_iskandar@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan tidak membenarkan orang ramai memilih jenis vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan itu dibuat bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin.
“Memang (sebelum ini) kita berfikir untuk memberi pilihan (jenis vaksin) tetapi buat masa ini kita mengutamakan untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin.
“Jika diberi pilihan nanti, ia akan melambatkan (vaksinasi) sebab nak tunggu dahulu, nak lihat dahulu.
“Keutamaan sekarang adalah untuk meningkatkan jumlah vaksinasi. Jadi kita akan beri apa yang kita ada,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul.
© New Straits Times Press (M) Bhd




