“Orang Banyak Cakap Biasanya Kosong” – Risteena Kongsi Pendapat Di Threads, Tapi Lain Pula Telahan

“Orang Banyak Cakap Biasanya Kosong” – Risteena Kongsi Pendapat Di Threads, Tapi Lain Pula Telahan

Perkongsian terbaharu pelakon, Risteena Munim di Threads mengundang perhatian ramai apabila kenyataan ringkas dimuat naiknya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran di platform Threads, kakak kepada pelakon sensasi, Ruhainies itu menyifatkan individu yang gemar bercakap berlebihan sebenarnya boleh diibaratkan sebagai ‘tin kosong’.

“Orang yang banyak bercakap ni biasanya kosong,” tulisnya.

Rata-rata netizen mempersoalkan sama ada ciapan berkenaan mempunyai kaitan dengan kenyataan suaminya, pelakon Isa Khan yang sebelum ini mengundang kontroversi.

Terdahulu, Isa mencetuskan perdebatan apabila menyatakan 80 peratus wanita pada zaman kini “berpakaian tetapi telanjang”.

Terdahulu, Isa mencetuskan perdebatan apabila menyatakan 80 peratus wanita pada zaman kini “berpakaian tetapi telanjang”.

Artikel Berkaitan: “80 Peratus Wanita Di Malaysia Berpakaian Tapi Telanjang”- Kenyataan Isa Khan Dipertikai, Netizen Luah Hidayah Bukan ‘Lesen’ Untuk Menghukum

Bagaimanapun, Risteena tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut berhubung maksud sebenar kenyataan tersebut, sekali gus membiarkan netizen terus membuat spekulasi.

Scroll to Top