Anwar Ibrahim Tegas Isu Kuil Haram Wajib Ikut Undang-Undang

Anwar Ibrahim Tegas Isu Kuil Haram Wajib Ikut Undang-Undang

Oh! Negara

Anwar Ibrahim tegaskan bina kuil tanpa kebenaran tetap salah, sama seperti masjid dan gereja.


Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri peringatan tegas bahawa pembinaan kuil tanpa kebenaran tetap salah di sisi undang-undang. Sama juga seperti binaan masjid, surau dan gereja, semua mesti patuh prosedur.

Isu ini jadi tumpuan lepas tular beberapa kes kuil dibina tanpa kelulusan. Tapi Anwar tegaskan, bantahan boleh dibuat asalkan secara berhemah dan tak cetuskan ketegangan antara kaum.

Anwar Ibrahim minta jangan jadikan isu kuil alat politik

Anwar luah kecewa bila isu ni dijadikan bahan untuk jadi ‘hero’ dalam masyarakat. Katanya, kalau semua bertindak melulu, negara yang akan rugi.

Kalau kita langgar peraturan, hasilnya kebencian, masalah tidak selesai. Sebab itu saya terpaksa keluarkan arahan tegas semalam untuk hentikan.- Katanya.

Anwar Ibrahim

Bagi Anwar, sebagai pemimpin, keutamaan beliau ialah jaga kestabilan dan keselamatan negara, bukan penuhi suara-suara lantang semata-mata. Anwar turut beri jaminan yang beliau tak pernah menolak pembinaan kuil yang sah dan ikut garis panduan.

Saya tegaskan, kawan-kawan India, pernahkah saya tidak setuju dengan pertambahan kuil yang mengikut peraturan? Mesti ikut peraturan. Sama seperti masjid, surau atau gereja.- Katanya.

Pssttt! Ohmedia harap korang jangan cepat melatah dalam isu sensitif macam ni. Apa-apa pun, biar ikut saluran dan undang-undang yang betul, demi keharmonian kita semua.

Kredit: Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top