Selangor sasar 80 pingat emas Sukma

Selangor sasar 80 pingat emas Sukma

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Selangor mensasarkan sebanyak 80 pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 pada Ogos depan.

Exco Belia dan Sukan negeri, Mohd Najwan Halimi berkata, pihaknya yakin atlet Selangor akan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Kita sasarkan 80 emas untuk Selangor…dan 80 emas itu menjadi juara SUKMA XXII yang mana sasaran kita sukan tertentu.

“Pastinya kita mensasarkan dominasi dalam sukan dan olahraga dan renang kerana itu antara lubuk emas Selangor… olahraga dan renang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Sukarelawan SUKMA XXII, PARA SUKMA Selangor 2026 yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini hari.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, dari segi venue sukan-sukan yang akan dipertandingkan sehingga kini lebih 80 peratus sudah disiapkan.

“Alhamdulillah di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), saya dimaklumkan semua berjalan dengan baik rasanya ‘on track’ dan sekarang kita hanya menunggu persiapan kerja-kerja naik taraf Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) dan Lapang Sasar Menembak di Subang.

“Secara keseluruhan, 52 venue membabitkan semua daerah di Selangor, ada 474 acara yang merangkumi 37 sukan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top