Tindakan ahli kumpulan Senario, Lan Pet Pet yang didakwa membuat lawak berbaur lucah terhadap aktres Nur Fazura dikecam teruk oleh netizen.
Dalam satu video sesi siarang langsung yang tular, memaparkan Lan menghadiri sesi perjumpaan bersama peminat satu jenama pakaian yang turut disertai Fazura.
BACA: “Mereka Mengata Arwah Bapa & Fatima” – Fazura Dedah Dua Tahun Jadi Mangsa Buli Netizen
Dalam sesi tersebut, ada netizen bertanya mengenai perancangan perkahwinan Fazura, namun aktres berkata buat masa ini dia memikirkan soal jodoh.
Bagaimanapun, soalan itu menarik perhatian Lan yang memberi respon berunsur ‘double meaning’
“Hampa tunggu sat… bagi dia ‘kering’ dahulu. Baru dua tahun (bercerai), bagi masuk tiga tahun bagi dia ketat sikit,” katanya.
Susulan jawapan diberikan Lan itu, rata-rara netizen kurang senang serta mengatakan kenyataan itu disifatkan tidak sensitif.
Tidak kurang juga, ada yang menggesa agar kontrak pelawak itu bersama jenama pakaian terkenal itu dihentikan kerana tindakan tidak beradab itu.






