Pak Mail Didakwa Dikurung Sebelum Diselamatkan Abbe Hae, Anak Tampil Menjelaskan Keadaan Sebenar

Pak Mail Didakwa Dikurung Sebelum Diselamatkan Abbe Hae, Anak Tampil Menjelaskan Keadaan Sebenar

Trending

Anak Pak Mail kecewa dilabel anak derhaka oleh Abbe Hae.


Baru-baru ini, tular di media sosial aktivis, Abbe Hae menyelamatkan warga emas, Pak Mail yang didakwa diabaikan oleh keluarganya.

Pak Mail yang tinggal di Kampung Repek, Pasir Mas Kelantan ditemui dalam rumah yang kotor tidak terurus, fizikalnya juga sangat kurus dan tidak berdaya.

Pak Mail ditemui terkurung dalam sebuah rumah

Terbaru, Harian Metro melaporkan penjelasan daripada pihak keluarga Pak Mail pula. Anak Pak Mail iaitu Abdullah Ismail meluahkan rasa kecewa apabila dituduh tidak mempedulikan bapanya sedangkan mereka sekeluarga selama ini menjaga dengan penuh kasih sayang.

Menurut Abdullah, bapanya enggan tinggal bersama mereka selepas kematian isteri dan memilih untuk menetap seorang diri di rumah kecil sebelah rumahnya.

“Allah je tahu betapa remuk hati saya dilabel anak derhaka” – Anak Pak Mail

Pak Mail
Foto Nik Abdullah Nik Omar Harian Metro

Allah saja tahu betapa remuk hati saya apabila dilabelkan sebagai anak derhaka oleh aktivis masyarakat (Abbe Hae) itu dan dikecam oleh orang ramai sedangkan kami sekeluarga sangat menjaga bapa

Anak sulung Abdullah yang pada mulanya menemani warga emas itu terpaksa berpindah kerana sikap Pak Mail yang semakin agresif.

Katanya, Pak Mail bertindak menyepahkan rumah dan memecahkan barangan. Jelas Abdullah lagi, Pak Mail mengalami masalah nyanyuk sejak lebih setahun lalu dan sering merayau menyebabkan dia terpaksa mengurung bapanya.

Pak Mail

Namun, Abdullah sendiri setiap hari akan membeli nasi bungkus untuk bapanya sebelum ke tempat kerja, malah akan pulang seketika waktu rehat untuk memandikan ayah dan memastikan makan tengah hari disediakan.

Katanya, tindakan Abbe Hae hadir bersama rombongan dan memecahkan pintu rumah Pak Mail tanpa memberi ruang kepada keluarga menjelaskan keadaan sebenar tidak wajar dan menimbulkan salah faham besar.

Mereka kemudiannya membawa bapa ke Hospital Pasir Mas dan ditinggalkan di sana sebelum saya pergi untuk membawa pulang bapa, malah laporan polis juga dibuat atas dakwaan kami mengabaikan bapa.

Kini, Pak Mail dipindahkan tinggal bersama mereka dan pihak keluarga akan memasang jeriji besi di pintu bilik bagi mengelakkan dia melarikan diri.

Saya akan tetap menjaga ayah sehingga akhir hayat dan dia pun dipindahkan ke rumah kami walaupun sering mengamuk ingin kembali ke rumahnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, Zamakhshari Muhamad turut hadir menziarah keluarga terbabit dan menyerahkan sumbangan berupa kerusi rehat serta tilam.

Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas memaklumkan bahawa bantuan bulanan sebanyak RM500 telah diluluskan untuk Pak Mail.

Pssttt! Setiap keluarga mempunyai cabaran tersendiri dalam menjaga ahli keluarga yang uzur dan penilaian wajar perlu dibuat berdasarkan fakta yang lengkap. Diharapkan Pak Mail dijaga dengan lebih baik selepas ini.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top