Suami cekik, hantuk kepala isteri hingga mati kerana malas masak

Suami cekik, hantuk kepala isteri hingga mati kerana malas masak
Suami cekik, hantuk kepala isteri hingga mati kerana malas masak

Seorang wanita maut selepas dibunuh oleh suaminya hanya kerana tidak menyiapkan juadah makanan dan kopi seperti kebiasaan.

JAKARTA – Seorang wanita berusia 48 tahun, dikenali sebagai SN, maut selepas dibunuh oleh suaminya, R,44, di Desa Boro, Kecamatan Selorejo, Kabupaten Blitar, Indonesia.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polres Blitar, AKP Margono Suhendra, siasatan awal mendapati insiden itu berpunca daripada sakit hati suspek terhadap mangsa, yang didakwa tidak menyiapkan juadah makanan dan kopi seperti kebiasaan.

Perselisihan itu bertukar tragik apabila berlaku keganasan fizikal.

“Motif pemeriksaan awal adalah kerana sakit hati. Mangsa didakwa tidak menunaikan tanggungjawab sebagai isteri,” kata AKP Margono pada Khamis.

Saksi kejadian, termasuk jiran mangsa, memberitahu pasangan itu sering bertengkar.

Namun pada malam kejadian, perselisihan berlaku pada waktu tengah malam sehingga tidak disedari jiran.

R dikatakan menekan leher mangsa dan menghentak kepalanya ke dinding, dan kemudian membawanya ke bilik mandi sebelum mangsa dibaringkan di tempat tidur. Mangsa didapati tidak sedarkan diri keesokan paginya.

Hasil bedah siasat polis menunjukkan mangsa disyaki meninggal dunia antara pukul 03.00 dan 06.00 pagi waktu Indonesia barat, dengan cairan air ditemui di saluran pernafasan dipercayai sebagai punca kematian.

Pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan terhadap suspek dan tindakan lanjut akan diambil. – Agensi

Ringkasan AI

  • Wanita berusia 48 tahun dibunuh oleh suaminya di Desa Boro, Indonesia
  • Insiden berpunca dari sakit hati suspek kerana mangsa tidak menyiapkan juadah makanan
  • Keganasan fizikal berlaku selepas perselisihan
  • Motif awal adalah kerana mangsa didakwa tidak menunaikan tanggungjawab sebagai isteri
  • Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mungkin meninggal akibat cairan di saluran pernafasan
Scroll to Top