mhafis@mediaprima.com.my
Sungai Buloh: Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan polis dibuat seorang lelaki jam 1.22 pagi semalam.
Menurutnya, lelaki itu memaklumkan anak perempuannya, Aliesha Hanni Abdullah, 17, disedari tiada di rumah sejak jam 10 pagi Sabtu lalu.
“Remaja berkenaan kali terakhir dilihat di Blok F-1-1-8, Apartment Laguna Biru 1, Taman Tasik Biru Kundang, Rawang.
“Remaja terbabit memakai baju T berlengan panjang berwarna gelap, seluar jeans biru gelap serta kasut berwarna putih,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hafiz berkata, remaja itu mempunyai ketinggian anggaran 155 sentimeter, berat 57 kilogram, berkulit putih dan berambut lurus paras bahu.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menjumpai remaja berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhammad Rais Azmi di talian 016-949 5707 bagi membantu siasatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




