Kuala Lumpur: Bintang skuasy negara S Sivasangari terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain kelima dunia Nour El Sherbini dari Mesir pada Terbuka Windy City 2026 di Chicago, Amerika Syarikat, pada Ahad.
Pemain berusia 27 tahun yang menghuni ranking keenam dunia mempamerkan aksi cemerlang sebelum tunduk 6-11, 11-6, 7-11, 11-7, 8-11 dalam pertarungan sengit berlangsung hingga 51 minit.
Kekalahan itu menamatkan perjuangan wakil Malaysia pada kejohanan bertaraf Platinum itu.
Pada Sabtu, perseorangan lelaki utama negara Ng Eain Yow dan pemain sedang meningkat Aira Azman menamatkan kempen masing-masing pada pusingan kedua.
Eain Yow tewas kepada wakil New Zealand Paull Coll manakala Aira pula tunduk kepada pemain tuan rumah Olivia Weaver.
© New Straits Times Press (M) Bhd




