Gabriel Palmero sertai Kuching City FC

Gabriel Palmero sertai Kuching City FC
Gabriel Palmero sertai Kuching City FC

Kuching City FC mengumumkan kehadiran Palmero di akaun Facebook rasmi kelab pada Isnin. – Foto: Kuching City FC

KUCHING City FC membawa masuk pemain warisan negara, Gabriel Palmero, sekali gus menamatkan teka-teki mengenai masa depan pemain kelahiran Sepanyol itu menjelang saingan Liga Super musim ini.

Pengesahan itu dibuat menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi kelab berkenaan hari ini yang menyaksikan Palmero kini sah menjadi sebahagian daripada skuad The Cats bagi menghadapi baki kempen liga.

Sebelum ini, daripada tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang diberi kebenaran untuk kembali beraksi, Palmero merupakan satu-satunya pemain yang masih belum memiliki kelab, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hala tuju kariernya.

Situasi tersebut mula mendapat perhatian apabila pemerhatian di media sosial mendapati Palmero mengikuti akaun rasmi Kuching City FC di Instagram, sekali gus menguatkan petunjuk perpindahannya ke Sarawak.

Terdahulu, Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak, pernah membuka ruang kepada kemungkinan pasukannya mendapatkan pemain Malaysia yang beraksi di luar negara bagi memperkukuh kekuatan pasukan.

Kehadiran Palmero dijangka memberi nilai tambah kepada jentera Kuching City FC, khususnya dari segi variasi serangan serta pengalaman antarabangsa dalam usaha pasukan Sarawak itu meningkatkan daya saing dalam saingan Liga Super musim ini.

Ringkasan AI

  • KUCHING City FC membawa masuk pemain warisan negara, Gabriel Palmero
  • Pengesahan Palmero menyertai skuad Kuching City FC dibuat di laman Facebook rasmi kelab
  • Palmero adalah pemain warisan Harimau Malaya yang terakhir mendapat kelab untuk beraksi kembali
  • Perpindahan Palmero ke Sarawak dikukuhkan setelah dia mengikuti akaun rasmi Kuching City FC di Instagram
  • Kehadiran Palmero dijangka meningkatkan variasi serangan dan pengalaman antarabangsa Kuching City dalam Liga Super
Scroll to Top