Ameera Khan sudah ‘move on’, mahu cari pasangan yang kaya dan baik – “Dia perlu maintain saya”

Ameera Khan sudah ‘move on’, mahu cari pasangan yang kaya dan baik – “Dia perlu maintain saya”

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan secara terbuka berkongsi kriteria yang menjadi keutamaannya dalam memilih pasangan hidup, termasuk aspek peribadi dan kewangan bagi memastikan gaya hidupnya yang serba mewah dapat diteruskan.

Mahu pasangan kaya dan baik

Mahu pasangan kaya dan baik 

Menerusi potongan klip siaran langsung di Instagram, Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan menjawab pertanyaan pengikut mengenai soal jodoh dan perancangan masa depannya.

Jelas Ameera, terdapat dua ciri utama yang dititikberatkan dalam mencari bakal suami, selain mengharapkan seorang lelaki yang mampu membimbingnya ke arah kebaikan.

“Baik dan kaya. Itu yang paling utama bagi saya. Lelaki itu perlu mampu menjaga dan menyara saya.
“Saya juga nak lelaki yang soleh dan boleh membimbing saya. Tolonglah bimbing saya kerana saya mencari seseorang yang boleh memimpin saya ke arah yang lebih baik.
“Selain itu, dia perlu menyayangi saya serta keluarga, menghormati saya, mommy dan daddy, adik-beradik serta sepupu, terutamanya mereka yang rapat dengan saya,” kata Ameera, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ameera turut mengulas spekulasi yang mendakwa dia sudah mempunyai kekasih baharu susulan hubungan bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol, yang dikatakan telah berakhir.

“Terlalu banyak gosip. Itu cuma kawan.
“Tentang kekasih, saya sendiri belum pasti. Nanti saya akan maklumkan.
“Saya belum membuat sebarang keputusan dan sebenarnya saya sudah lama move on sebelum meninggalkan dia,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia memberitahu tidak pernah berasa menyesal berhubung kegagalan dalam kisah percintaan yang lalu dan menjadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk masa akan datang.

“Itu bukan kesilapan, saya sangat gembira tapi macam yang kita tahu untuk move on adalah kita tidak perlu mengulang perkara yang sama sekali lagi dan ia akan jadi lebih baik,” tambahnya lagi.

Artikel lain: “Gelang sama”- Netizen dakwa Ameera Khan kini bercinta dengan kerabat diraja Pahang?

Artikel lain: “Gelang sama”- Netizen dakwa Ameera Khan kini bercinta dengan kerabat diraja Pahang?

Terdahulu, nama adik kepada selebriti terkenal Neelofa, kembali menjadi bualan hangat warganet selepas timbul dakwaan kononnya dia kini menjalin hubungan istimewa dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Bakar.

Spekulasi itu tercetus susulan satu hantaran tular di platform Threads yang memetik kenyataan ringkas berbunyi, “LMK mmg dgn TB 😂 Done stalking”, merujuk kepada pemerhatian netizen terhadap aksesori yang dipakai.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi daripada Ameera Khan mahupun Tengku Bakar berhubung dakwaan tersebut.

Sumber: TikTok Hii01

Scroll to Top