“Kenapa Dia Perlu Gempar Gempurkan?” – Kak Nona Tak Puas Hati Kak KM Dedah Isu Cerainya

“Kenapa Dia Perlu Gempar Gempurkan?” – Kak Nona Tak Puas Hati Kak KM Dedah Isu Cerainya

Oh! Artis

Kak Nona kecewa Kak KM dedahkan isu perceraian sebelum dirinya sempat beritahu secara rasmi.


Kisah peribadi antara dua beradik popular kembali menjadi perhatian selepas Kak Nona, kakak kepada usahawan sensasi Kak KM, tampil bersuara mengenai perkahwinannya yang kini berada di ambang penceraian.

BACA: “Aku Maafkan Cuma..” – Kak KM Tak Menyesal Hubungan Dengan Kakak Renggang Gara-Gara Bisnes

Apa yang mengejutkan, pendedahan mengenai hal rumah tangga itu bukan datang darinya sendiri, tetapi daripada adiknya, Kak KM.

“Saya failkan sebab kami dah tak sehaluan”

Lapor mStar, Kak Nona atau nama sebenarnya Rose Azlin Rosli, mengaku telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Muhammad Iskandar Ali di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor sekitar pertengahan Januari lalu.

Jelas Kak KM, dia bertindak menfailkan penceraian selepas ada masalah peribadi menyebabkan mereka tidak lagi sehaluan.

Namun, apa yang paling mengecewakan dirinya ialah tindakan adiknya sendiri yang terlebih dahulu menghebahkan hal tersebut kepada umum.

Kak Nona ada sebab tak hebahkan penceraian

Nona meluahkan rasa tidak puas hati kerana berita perceraiannya tersebar menerusi Kak KM, sedangkan dia sendiri memilih untuk berdiam demi menjaga maruah bekas suami dan keluarganya.

Saya tidak mahu buka mulut sebab suami saya ada keluarga dia sendiri, jadi saya kena jaga maruah mereka ini. Walaupun tidak sehaluan, tapi saya memang titik berat benda itu. Cukuplah kami (saya dan Kak KM) bergaduh soal perniagaan, tapi janganlah lagi cakap fasal peribadi saya. Ada banyak lagi cara untuk buktikan rasa prihatin dengan saya. Tidak adil apabila saya belum sampaikan berita ini, tapi orang lain yang canang dahulu. Kenapa dia perlu gempar gempurkan?

Terdahulu, konflik Kak KM dan kakaknya Kak Nona mula diperkatakan apabila mereka mula bertelagah mengenai perniagaan.

Kak KM terbuka untuk berbaik semula dengan Kak Nona dan mendedahkan rumahtangga kakaknya itu kini sedang diuji.

Pssttt! Betul juga kata Kak Nona, mungkin lebih baik jika Kak KM beri ruang untuk kakaknya bercerita bila dia sudah bersedia. Hormat itu kadangkala lebih bermakna daripada simpati yang terburu-buru.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top