Cuaca sejuk bukan halangan JDT di Hiroshima

Cuaca sejuk bukan halangan JDT di Hiroshima

sukan@hmetro.com.my

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco menyifatkan pertembungan menentang kelab dari Jepun, Sanfrecce Hiroshima dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Edion Peace Wing, di Hiroshima, petang esok begitu penting buat Harimau Selatan.

Jelasnya, pemain perlu memberi sepenuh tumpuan sepanjang 90 minit permainan tanpa membuat sebarang kesilapan mudah yang menjejaskan perancangan pasukan.

boleh menyebabkan apa yang “Pemain perlu kekal fokus dan konsentrasi dalam permainan bagi memahami situasi dan memberi 100 peratus komitmen di padang.

“Kami tidak boleh terlalu menghormati pasukan lawan, sebaliknya kekalkan momentum permainan selain memahami rentak untuk berusaha bermain dengan corak pendekatan taktikal berintensiti tinggi.

Tidak dinafikan keadaan cuaca di sini (Hiroshima) begitu sejuk memandang kami datang dari Malaysia yang anda sendiri tahu cuaca panas, tapi kami perlu menyesuaikan diri dengan keadaan di sini,” katanya pada sidang media praperlawanan di Hiroshima, hari ini.

Munoz enggan menggunakan keadaan cuaca sejuk sebagai alasan, sebaliknya mahu setiap pemain memberi yang terbaik dan sentiasa fokus.

Sementara itu, pemain pertahanan JDT, Shane Lowry bersedia untuk mengekang barisan pemain skuad bimbingan Bartosch Gaul yang pasti akan mengamal corak menyerang.

Katanya, pemain JDT tidak akan berkampung di kawasan sendiri sebaliknya bakal mengekalkan corak permainan terbuka.

“Tiada istilah bermain secara bertahan, kami mahu melakukan yang terbaik dalam perlawanan itu nanti.

“Kami mahukan keputusan positif dan semuanya bergantung kepada 90 minit perlawanan,” kata Lowry.

Ketika ini, Sanfrecce di tangga ketiga saingan ACLE Zon Timur selepas mengumpul 11 mata.

Manakala JDT di tangga keenam dengan enam mata menyamai pencabar terdekat kelab dari Thailand, Buriram Unted di tangga ketujuh dan kelab dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai di tangga kelapan dan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top