Pengasas bersama AirAsia X pada Selasa memaklumkan bahawa syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia itu merancang untuk membuat tempahan besar bagi jet bersaiz kecil.
Langkah ini bertujuan menambah laluan serta kekerapan penerbangan buat pengembara kali pertama di Asia.
Susulan perubahan strategi ini, AirAsia tidak lagi memerlukan 15 pesawat Airbus A330neo yang ditempah sebelum ini.
Usahawan penerbangan, Tony Fernandes yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, menyatakan bahawa keputusan antara model serantau Airbus atau Embraer bakal diumumkan dalam tempoh sebulan lagi.
Beliau turut memberi bayangan bahawa jumlah tempahan itu adalah lebih besar daripada apa yang dilaporkan sebelum ini.Sumber industri menjangkakan AirAsia bakal menempah sehingga 150 unit jet Airbus A220.
Kenyataan ini dikongsi oleh beliau kepada Reuters dalam satu temu bual selepas mengumumkan rancangan pembukaan hab tambang rendah baharu bagi pasaran Timur Tengah yang berpangkalan di Bahrain.
© New Straits Times Press (M) Bhd




