Hanya murid Tahun 5 & 6 ditawar mata pelajaran Sejarah – KPM

Hanya murid Tahun 5 & 6 ditawar mata pelajaran Sejarah – KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah hanya ditawarkan kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6 dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.

Menurut KPM, penjelasan itu dibuat susulan laporan media berkaitan penawaran mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah kurikulum baharu berkenaan.

Hanya murid Tahun 5 & 6 ditawar mata pelajaran Sejarah

Dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh telah menjelaskan mengenai kurikulum baharu yang akan bermula pada tahun hadapan melibatkan murid tahun satu dan tingkatan satu.

Artikel lain: KPM laksana kurikulum baharu persekolahan Tahun Satu, Tingkatan Satu bermula tahun depan

“Bagi mata pelajaran Sejarah, pada peringkat sekolah rendah ia ditawarkan kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6.
“Manakala pada peringkat sekolah menengah, ia ditawarkan kepada murid bermula Tingkatan 1,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Scroll to Top