Kaunselor Dedah Kisah Mengejutkan, Dua Beradik Jadi Seperti ‘Suami Isteri’ Lepas Kematian Ibu Bapa

Kaunselor Dedah Kisah Mengejutkan, Dua Beradik Jadi Seperti ‘Suami Isteri’ Lepas Kematian Ibu Bapa

Oh! Tidak

Isu sumbang mahram, kaunselor dedah ada adik beradik hidup seperti suami isteri.


Perkongsian dari kaunselor dan pendakwah bebas, Fadzli Aziz baru-baru ini telah mengejutkan ramai apabila beliau mendedahkan satu kisah benar yang berlaku dalam masyarakat.

BACA: Rumah Hanya Ada Satu Bilik, Ini Kronologi Kes Sumbang Mahram Dua Beradik Hingga 3 Kali Hamil

Menurut Fadzli, kes itu dikongsi oleh pejabat agama Islam negeri dan berlaku apabila seorang abang yang bertanggungjawab mencari nafkah dan menjaga adik perempuannya menjadi terlalu rapat hingga akhirnya wujud hubungan yang tidak sepatutnya.

Difahamkan, hubungan songsang mereka berlaku selepas kehilangan ibu bapa mereka.

Duduk berdua tanpa pantauan luar, akhirnya langgar batas

Kaunselor

Lebih membimbangkan, abang dan adik tersebut dikatakan melalui susah senang bersama dalam satu rumah, mengasingkan diri dari orang luar dan akhirnya menjadi terlalu selesa hingga hubungan itu melanggar sempadan.

Netizen terkejut dengan perbualan terbuka isu sumbang mahram

Sumbang Mahram

Pendedahan Fadzli ini dibuat selepas tular satu screenshot dalam group Facebook yang membincangkan mengenai hubungan sumbang mahram antara ibu dan anak.

Fadzli menegaskan pentingnya menjaga batas aurat walaupun sesama keluarga, termasuk antara ibu dan anak lelaki yang sudah dewasa.

Baginya, iman adalah benteng utama untuk mengelakkan perkara maksiat daripada berlaku walaupun dalam keadaan ‘berpeluang’.

Pssttt! Kalau sampai tahap perbualan sumbang mahram boleh dibincangkan secara terbuka dalam group Facebook, itu tandanya kita semakin hilang rasa malu dan sempadan agama. Tak kira siapa pun dalam rumah, aurat tetap perlu dijaga, dan iman perlu dibina sebagai benteng paling kuat untuk halang bisikan syaitan.

Kredit: Facebook Fadzli Aziz
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top