Pelakon dan pelawak, Amyza Aznan meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk berkolaborasi dengan jenama pakaian popular, Ariani akhirnya menjadi kenyataan.
Menerusi perkongsian di Threads, Amyza kelihatan memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang menjalani penggambaran kempen raya jenama berkenaan.
Menurutnya, peluang yang diberikan dianggap sebagai doa yang dimakbulkan Tuhan apatah lagi sudah sekian lama dia menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan jenama tersebut.
“Sungguh tak sangka. Pucuk dicita, ulam mendatang.
“Rasa sangat kecil bila bersama nama besar seperti Ariani. Jenama yang pernah saya berangan. Tak sangka tahun ini jadi kenyataan. Terima kasih,” katanya.
Dalam pada itu, dia mengakui berasa rendah diri apabila diberi kepercayaan untuk berada sebaris dengan jenama terkenal itu.




