Oh! Artis
Thalita ditegur netizen isu pakaian ketika hadir majlis gender reveal, akui ambil iktibar dan janji perbaiki diri.
Penyanyi muda, Thalita akhirnya bersuara selepas penampilannya menjadi bualan ramai ketika menghadiri sebuah majlis gender reveal awal Februari lalu.
Isu pakaian Thalita itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang merasakan ia kurang sesuai dengan usianya.
Thalita atau nama sebenarnya Dzahira Talita Zahra Shahmira, 13, bagaimanapun tidak melatah dengan kritikan diterima. Sebaliknya, dia memilih untuk melihat perkara itu sebagai satu pengajaran untuk masa depan.
BACA: Anak Shuib Ubi Ditegur Pakai Gaun Dedah Bahu
Thalita ambil teguran sebagai pengajaran

Memetik laporan mStar, Thalita menjelaskan dia menerima setiap teguran dengan hati terbuka dan tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang negatif. Dia juga menghargai pandangan diberikan oleh orang ramai.
Saya mengambil iktibar dan berterima kasih kepada sesiapa yang tegur saya. Insya-Allah doakan saya supaya dapat berpakaian lebih sopan dan bertudung kelak.- Katanya.
Shuib kongsi sudah nasihat anak

Dalam masa sama, bapanya yang juga pelawak terkenal, Shuib menegaskan perkara sama tidak akan berulang lagi. Shuib mengakui dia sudah menegur Thalita sejurus kejadian tersebut berlaku.
Insya-Allah tidak akan berulang lagi. Sebagai ayah sudah tentu saya sangat ambil berat. Pada hari kejadian saya sudah beri teguran. Saya jenis yang beri reaksi lembut, tapi ada tindakan berat selepas itu.- Ujarnya.

Ibu tirinya, Watie Hanifiah turut mengakui terdapat kekhilafan daripada pihak mereka dalam soal pemilihan pakaian tersebut.
Menurut Watie, dia yang menguruskan busana Thalita pada hari berkenaan dan tidak menyalahkan pereka fesyen kerana rekaan dibuat atas permintaan mereka sendiri.
Pssttt! Ohmedia harap apa sahaja yang berlaku boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua juga, bukan ruang untuk menghukum. Teguran kalau dibuat dengan cara baik, insya-Allah boleh bantu seseorang jadi lebih matang dan perbaiki diri.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




