Oh! Artis
Kes Mahkamah Syariah Chazynash kini difailkan di Perlis, mahkamah tetapkan tarikh sebutan kes pada 9 Mac 2026.
Perkembangan isu melibatkan personaliti media sosial, Chazynash yang kini memaklumkan kes Mahkamah Syariah telah difailkan secara rasmi terhadap bekas isterinya.
Perkongsian itu dibuat menerusi satu kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar kepada umum. Menurutnya, semua hantaran terdahulu telah dipadam atas nasihat peguam bagi menghormati proses undang undang yang sedang berjalan.
Chazynash fail tiga tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah Perlis

Chazynash memaklumkan bahawa tindakan undang undang telah diambil melalui peguamnya dengan memfailkan beberapa tuntutan penting. Tuntutan itu melibatkan hak penjagaan anak serta perkara berkaitan harta.
Pihak saya melalui peguam saya telah failkan 3 tuntutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Perlis terhadap Defendan (Bekas Isteri saya).- Katanya.
Antara tuntutan difailkan ialah tuntutan hadanah, permohonan interim inter parte hadanah, dan juga tuntutan harta sepencarian.
Mahkamah tetapkan tarikh sebutan kes

Beliau turut menjelaskan bahawa semua dokumen berkaitan telah diserahkan kepada pihak defendan. Proses seterusnya kini menunggu perjalanan rasmi di mahkamah.
Mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan kes dan sesi sulh pada 9/3/2026 jam 9.00 pagi.- Katanya lagi.
Penetapan tarikh ini menjadi langkah awal dalam perjalanan kes Mahkamah Syariah berkenaan sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.
Mohon semua pihak tidak keluarkan kenyataan

Dalam masa sama, beliau menyeru agar semua pihak menghormati proses perundangan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan prosiding kes. Ini kerana sebarang ulasan awam boleh mengganggu perjalanan keadilan.
Beliau juga memaklumkan bahawa sebarang pertanyaan media perlu disalurkan terus kepada pihak peguamnya.
Pssttt! Ohmedia harap korang semua beri ruang kepada proses undang undang berjalan dengan tenang tanpa spekulasi. Dalam hal melibatkan mahkamah, biarlah fakta diputuskan secara rasmi dan bukan melalui andaian.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




