Dikecam susulan pakaian yang mencolok mata sebelum ini, pelawak Shuib berkata dia akan pastikan anak perempuannya Talita tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.
Memetik Oh Bulan, Shuib berkata sebagai bapa dia telah menasihati anaknya serta akan menjadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran.
BACA: “Bila Halang Akan Memberontak” – Watie Perjelas Isu Baju Thalita Dedah Bahu
“Insya-Allah tidak akan berulang lagi. Sebagai ayah sudah tentu saya sangat ambil berat. Pada hari kejadian saya sudah beri teguran. Saya jenis yang beri reaksi lembut, tapi ada tindakan berat selepas itu,” katanya.
Sementara itu, Talita berkata dia menerima teguran dengan hati terbuka serta meminta orang ramai untuk terus mendoakannya agar tampil lebih sopan.
“Saya mengambil iktibar dan berterima kasih kepada sesiapa yang tegur saya. Insya-Allah doakan saya supaya dapat berpakaian lebih sopan dan bertudung kelak,” katanya.
Dalam pada itu, Watie pula mengakui terdapat kekhiafan daripada pihaknya berhubung pemakaian tersebut malah Shuib juga terkejut melihat gaun berkenaan.
“Daddy sudah tegur sebaik tiba di lokasi dan terkejut melihat pakaian tersebut. Namun teguran dibuat secara lembut kerana kami berada di acara dan tidak mahu mengganggu suasana.
“Bila balik ke rumah, Shuib beritahu tidak mahu Thalita memakai rekaan seperti itu lagi. Bila berdua dengan Thalita, saya beritahu daddy tegur tentang pakaiannya. Kami semua ambil iktibar daripada kejadian ini,” katanya.
Sumber: Oh Bulan




