Wanita ditemui mati dalam kebun pisang

Wanita ditemui mati dalam kebun pisang

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Wanita warga asing ditemukan mati dengan kesan jerutan di leher di kawasan kebun pisang di Banting, Kuala Langat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam mengenai penemuan mayat wanita berusia 30-an jam 11.07 pagi.

“Bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dan pemeriksaan di tempat kejadian menemui mayat seorang wanita warga Indonesia.

“Siasatan awal mendapati terdapat kesan jerutan pada bahagian leher mangsa, sekali gus menimbulkan syak berlaku unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dan risikan lanjut yang dijalankan mendapati kejadian dipercayai membabitkan dua lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang kebun di kawasan berkenaan.

“Kedua-dua suspek berusia 30-an dan 50-an ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top