Oh! Artis
Penganjur Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella tampil memohon maaf dan buat laporan polis.
Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video menunjukkan penonton Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella menjerit ‘tak dengar’ berikutan gangguan sistem audio.
Difahamkan, pengalaman mengecewakan itu berlaku kepada penonton di tingkat tiga Stadium Nasional Bukit Jalil.
Susulan itu, pihak penganjur tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di konsert berkenaan.
Sistem bunyi didapati bertukar ke ‘default’
Wakil penganjur, Hitman Solutions dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa hasil siasatan mendapati sistem bunyi di tingkat tiga telah ditukar format tetapannya dan berubah kepada sistem ‘default’, sekali gus menyebabkan gangguan teknikal pada malam tersebut.
Katanya, pihak teknikal berjaya menyelesaikan isu tersebut kira-kira jam 9.50 malam selepas menerima aduan daripada penonton.
Pada Sabtu, 14 Februari 2026, setelah kami menerima aduan daripada penonton di tingkat 3, pihak teknikal vendor telah bergegas ke bilik SRS yang menempatkan kawalan sistem bunyi stadium tingkat 3 yang bertempat di tingkat 2 SNBJ dan mendapati bahawa sistem berkenaan telah ditukar format tetapannya dan telah berubah kepada sistem ‘default’ bukan seperti yang telah ditetapkan seperti semasa raptai dilakukan.
Penganjur berkata lagi, mereka memandang serius gangguan ini dan telah membuat satu laporan polis pada 16 Februari 2026 jam 5:26 petang selepas mesyuarat selesai.
Bagi mengubati kekecewaan penonton yang terkesan dengan kualiti audio konsert Ella, pihak penganjur kini sedang berbincang untuk memberikan imbuhan bersesuaian kepada pemegang tiket Bronze.
Penganjur dengan rendah diri memohon maaf kepada penonton yang terkesan dengan masalah yang berlaku pada malam tersebut.
Pssttt! Kualiti audio dalam sesebuah konsert adalah elemen paling penting kerana ia menentukan keseluruhan pengalaman penonton. Bila timbul isu seperti ini, sudah tentu peminat rasa terkilan. Diharapkan siasatan dapat merungkai punca sebenar dan langkah penambahbaikan dilakukan agar insiden sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




