Pelakon Fasha Sandha berkongsikan khabar duka mengalami keguguran dan usia kadungan sudah mencecah 10 minggu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha memuat naik video memaparkan dia sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.
BACA: “Isu Terlalu Remeh…” – Fasha Sandha Enggan Ulas Isu Suami Dipeluk
Menurut Fasha, keguguran dialaminya bukan disebabkan faktor sibuk bekerja atau berdiet sebaliknya kerana keadaan kandungan yang tidak sihat.
“Bukan kerana terlalu banyak bekerja atau bergerak, bukan kerana terlalu kuat berdiet. Kata doktor baby A tak sihat, maka terjadilah keguguran awal kehamilan (10 minggu) tapi kena cuci sbb baby A dah besar,” katanya.
Sementara itu, Fasha menganggap belum rezekinya dan suami untuk menimang cahaya mata lagi serta merancang untuk mencuba lagi.
“Juga bukan rezeki kami lag. InsyaAllah akan cuba lagi di tahun-tahun akan datang, sekarang sama-sama fokus kerja dulu.
“Apapun, kepada yang sama-sama mengalami macam Fasha, jangan rasa down, dapat hamil secara natural pun satu anugerah juga. Mungkin ada rezeki lain untuk kita,” katanya.



