am@hmetro.com.my
Seremban: Lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai terjunam ke dalam sungai di hadapan sekolah menengah di Sungai Gadut, di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5 petang.
“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang dengan bantuan BBP Rantau seramai 14 pegawai dan anggota ke lokasi untuk operasi mengeluarkan mangsa dari kereta.
“Kejadian membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Yaris dikatakan terjunam ke dalam sungai. Pasukan kami berjaya mengeluarkan mayat mangsa dari dalam kereta,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya mangsa, lelaki berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd




