Opai Ajak Pekerja Khatam Al-Quran Ramadan Ini

Opai Ajak Pekerja Khatam Al-Quran Ramadan Ini

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang mengambil inisiatif menggalakkan pekerja khatam al-Quran sempena Ramadan ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Opai yang juga suami kepada Fatin Afeefa meminta pekerjanya masuk kerja seawal jam 8:00 pagi untuk sama-sama membaca Al-Quran serta bertadarus.

BACA: Opai Pujuk Fatin Afeefa Dengan Beg Tangan Birkin

“Inisiatif aku adalah, kita semua masuk kerja pukul 8:00 pagi dan kita cuba tadarus. Walaupun mungkin tak berkemampuan nak khatam sendiri, tapi sekurang-kurangnya kita dapat bertadarus dan dapat pahala khatam. Kita akan cuba buat sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Sementara itu, Opai berkata dia turut menyediakan Al-Quran baru sebagai galakan serta untuk memberi semangat.

“Kita khatam 2 kali. Kalau sorang baca 5 muka surat sehari, akan ambil dalam 30 minit. Kalau lancar lah. Aku akan beli Quran banyak-banyak. Bagi korang semua semangat,” katanya.

Dalam pada itu, Opai berkata Ramadan adalah bulan terbaik mendekatkan diri dengan Al- Quran serta banyak peristiwa penting dalam Islam berlaku di bulan Ramadan.

“Pukul 8:00 pagi mengaji sampai pukul 9:00 pagi. Kita akan balik 3:30 petang. Sebab Ramadan ini bulan al-Quran. Jadi kalau setahun kita tak baca, ini lah bulannya untuk kita mula membaca Quran,” katanya.


Scroll to Top