Amyza Aznan mohon doa, saiz tumor anak makin membesar – “Paru-paru kanan collapse”

Amyza Aznan mohon doa, saiz tumor anak makin membesar – “Paru-paru kanan collapse”

Pelakon Amyza Aznan memaklumkan perkembangan terbaharu mengenai keadaan anaknya, Andre Mikhail, yang kini sedang berjuang melawan kanser paru-paru.

Saiz tumor makin besar

amyza aznan Saiz tumor makin besar

Memetik laporan mStar, Amyza, 49, menjelaskan prosedur menyedut cecair di paru-paru yang dijadualkan pada Rabu terpaksa dibatalkan selepas pemeriksaan lanjut dilakukan pakar.

“Tak tahu nak cakap apa, tak jadi sedut air sebab tak ada air dalam paru-paru. Kata pakar bukan air tapi saiz tumor membesar dan menyebabkan paru-paru kanan collapse.
“Nak tahu berapa saiz tumor kena tunggu giliran MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) lagi sebulan. Semoga ada keajaiban buatmu anak,” kata Amyza di InstaStory.

Dalam pada itu, Amyza turut menjelaskan prosedur yang dijalankan sebelum ini hanyalah bagi mengeluarkan cecair di paru-paru kanan dan tidak melibatkan pembuangan tumor.

“Proses membuang air di paru-paru kanan, bukan tumor. Tumor masih belum kecut untuk proses pembedahan.
“Saiz dari 18 sentimeter, kali terakhir proses CT scan hanya mengecut ke 14 sentimeter sahaja,” ujarnya.

Pelakon drama Bawah Payung itu turut merayu agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan anak sulungnya yang kini sedang menjalani rawatan.

“Dengan rendah hati saya memohon doa buat anakanda Andre Mikhail yang akan menjalani prosedur untuk rawatan tumor pada waktu ini.
“Hanya Allah yang membalas doa-doa kalian,” luahnya.

Artikel lain: Amyza Aznan nafi berubah kerana ujian hidup, pilih berhijab untuk nampak mahal

Terdahulu, pada 15 Februari tahun lalu, Amyza berkongsi berita sedih apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga selepas tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.

Andre kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan susulan.

Sumber: mStar

Scroll to Top