Pelakon Mia Sara tampil meluahkan rasa tidak puas hati susulan pendedahan sebenar yang dibuat berhubung isu melibatkan dirinya dan pelakon Puteri Balqis yang didakwa tidak dipercayai oleh orang ramai.
Dah kalah dengan fakta mula tak nak dengar

Menerusi satu kenyataan di Threads, Mia mendakwa terdapat pihak yang enggan menerima fakta dengan berlapang, sebaliknya bertindak menyerang secara peribadi.
“Bila dah kalah dengan fakta, mula lah kata tak nak dengar, body shaming dan sebagainya. Macam budak bila kalah perdebatan,” ciapan Mia, hari ini.
Menurut Mia, situasi tersebut berlaku apabila perbincangan tidak lagi berlandaskan hujah, sebaliknya bertukar menjadi serangan emosi dan cacian.
Tambahnya, tindakan terburu-buru ketika marah hanya akan mengundang kata-kata kesat yang tidak menyelesaikan masalah.

“Bila kita terburu-buru untuk berkata dengan perasaan marah, yang keluar nanti caci maki sahaja. Bila kita tenang dan sabar, baru boleh berfikir secara rasional dan boleh jawab berasaskan fakta, bukan emosi,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Mia mendedahkan hanya pernah bertemu dengan Puteri Balqis atau Aqish sekali sahaja seumur hidupnya ketika berusia tujuh tahun dan menafikan pernah melakukan sebarang perbuatan buli terhadap aktres berkenaan.
Artikel lain: Tuduhan berat! Mia Sara nafi buli Puteri Balqis, hanya jumpa sekali seumur hidup
Menurutnya, segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini termasuk dakwaan membuli serta memburuk-burukkan ibu Puteri Balqis adalah tidak benar dan bersifat keterlaluan.
Terdahulu, pada Januari lalu, media sosial menjadi hangat apabila Puteri Balqis ‘menempelak’ Mia agar menyelesaikan isu antara mereka dengan dua pilihan selepas pelakon itu didakwa pernah memalukan ibunya.
Sumber: Threads therealmiasara




