Lapangan Terbang Kelantan Kini Berwajah Baru, Beroperasi Sepenuhnya Bermula 1 Ramadan

Lapangan Terbang Kelantan Kini Berwajah Baru, Beroperasi Sepenuhnya Bermula 1 Ramadan

Trending

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu kini beroperasi sepenuhnya bermula 1 Ramadan dengan sistem baharu pelepasan dan ketibaan.


Terkini! Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air & Pembangunan Luar Bandar Kelantan memaklumkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu kini beroperasi sepenuhnya dengan wajah baharu yang lebih moden dan teratur.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Dato’ Dr Izani Husin berkata bermula 1 Ramadan, keseluruhan fasiliti utama termasuk laluan dari parkir hingga ke bangunan terminal utama sudah boleh digunakan sepenuhnya oleh penumpang.

Sistem baharu pelepasan dan ketibaan penumpang

Menurut beliau, semua urusan melibatkan pelepasan penumpang kini perlu melalui tingkat atas terminal. Kenderaan dikehendaki menaiki flyover untuk menurunkan penumpang di aras atas.

Lapangan Terbang

Manakala bagi ketibaan pula, semua urusan melibatkan penumpang yang tiba akan dikendalikan di tingkat bawah bagi memastikan aliran lebih sistematik dan lancar.

Lapangan Terbang

Pembukaan sepenuhnya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu ini dijangka memberi keselesaan lebih baik kepada pengguna, terutama menjelang musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Airport Kota Bharu
Airport Kelantan
Airport Kb

Penambahbaikan ini juga dilihat sebagai satu langkah penting dalam meningkatkan kemudahan penerbangan serta imej negeri Kelantan di mata pelawat.

Pssttt! Syukur apabila kemudahan awam terus ditambah baik demi keselesaan rakyat. Harapnya operasi baharu ini benar-benar memudahkan urusan penumpang dan menjadi kebanggaan rakyat Kelantan.

Kredit: Facebook Dato’ Dr Izani Husin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top