Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leia Iora dipuji netizen kerana tidak kekok bergaul bersama penduduk Orang Asli sehingga menarik perhatian ramai.
Mesra bergaul dengan Orang Asli

Menerusi hantaran di TikTok, seorang individu memuat naik video yang memperlihatkan Kasih Leia sedang menghadiri majlis persandingan salah seorang kenalannya yang terletak di sebuah perkampungan Orang Asli.
Namun, sikap yang ditunjukkan oleh Kasih Leia yang ramah menyantuni penduduk kampung menjadi bualan di kalangan warganet.
“Anak Azhar Sulaiman, Kasih ini memang merendah diri betul. Dia nampak mesra dan selesa dengan penduduk Kampung Orang Asli Simpai ini.
“Kata pengantin, dia boleh tinggal bersama-sama dengan keluarga Orang Asli ini berminggu-minggu dan berbulan-bulan. Dia menangis tengok kawan dia kahwin,” tulis individu berkenaan.
Difahamkan anak sulung kepada Azhar Sulaiman itu sebelum ini pernah menjalankan kajian di kawasan tersebut, menyebabkan hubungannya bersama penduduk kampung begitu rapat.

“Bagus anak Behar ni, tak kekok langsung duduk kampung Orang Asli.
“Katanya dia pernah tinggal lama di kampung ini sambil buat penyelidikan ketika menyambung pelajaran dahulu. Tadi nampak dia berjalan kaki keliling kampung dengan kawan,” tulisnya lagi.
Artikel lain: Ujian rumah tangga? Azhar Sulaiman angkat kekuatan Wan Azizah -“Dia tak pernah minta diceraikan pun..”
Untuk rekod, Azhar Sulaiman telah berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin selama lebih 27 tahun Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Kasih Leia Ixora, serta pasangan kembar Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.
Sumber: TikTok ashawedding



