Perkongsian seorang individu menjadi perhatian ramai apabila menyifatkan pelakon Que Haidar seorang yang bijak dan berkeyakinan.
Difahamkan, video itu memaparkan Que menjawab isu mengenai komen negatif trend Jamilah dimana enggan peduli dengan apa yang diperkatakan netizen.
BACA: Netizen ‘Kenenkan’ Que Haidar & Fazura, Siap Hashtag QueLaFazkan Dengan Bismillah
Lebih menjadi perhatian, individu itu turut mengatakan Fazura beruntung kerana Que mempunyai sikap rasional dan tidak mudah melatah.

Hantaran individu berkenaan turut mendapat perhatian Fazura yang bersetuju mengatakan Que seorang lelaki yang bijak, baik hati serta tenang.




