Raja Mukhriz sifatkan Que Haidar, lelaki menawan dan sensitif

Raja Mukhriz sifatkan Que Haidar, lelaki menawan dan sensitif

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengarah filem Pagari Bulan, Raja Mukhriz Raja Ahmad, 54, menyifatkan Que Haidar, 47, sebagai penggiat seni berjiwa kental dengan kawalan emosi dan suara dalam lakonannya.

Menurut Raja Mukhriz, pelakon filem Rock dan Zombi Kampung Pisang itu juga pernah dianggap sebagai lelaki menawan dan sensitif ketika zaman bujang kerana sikap suka berterus-terang.

“Masa bujang, Que ni ‘charming’ (menawan) dan ramai akan jatuh hati dengan dia kalau bersemuka. Bukan dibuat tapi itu adalah dia. Maskulin, fesyennya ‘in’ dari dulu, halwa mata.

“Seorang performer (penghibur) dan rindukan performance (prestasi) yang mencabar. Business minded (berfikiran perniagaan). Dia (Que) akan buat sampai jadi.

“Kalau buat salah atau singgung orang, dia akan terus minta maaf, seorang overthinking (terlalu berfikir) dan ini akan mudarat kan dia kalau tak guna cara positif,” tulisnya pada hantaran dikongsikan di Threads.

Suami kepada pelakon Sharifah Shahora itu berkata, sikap sensitif dimiliki Que sehingga tidak boleh bercakap dengan manusia lain selama berbulan kerana pengasingan diri.

Dalam pada itu, Raja Mukhriz turut memaklumkan Que adalah seorang insan yang sederhana, suka merendah diri dan sentiasa menjaga adab dalam pergaulan.

“Que ini manusia yang sederhana, jujur dan mudah didekati. Menghormati orang di sekelilingnya, menjaga adab dan sentiasa dengan energi positif dalam ‘circle’ (kelompok) kami.

“Dia juga seorang manusia yang memanusiakan manusia. Serius dalam perkara yang dibuat serta fokus. Penyayang dan mudah rasa simpati. Saya kenal dia (Que) hujung sekitar 1897,” ujarnya.

Kata Raja Mukhriz, ketika itu Que masih melanjutkan pengajian di Akademi Filem Malaysia dan Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) kerana dia dilihat memiliki aura ‘to public’ (kepada orang ramai).

Terdahulu, Que atau nama sebenar Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar kini semakin menarik perhatian ramai di media sosial dengan panggilan ‘Abang Jamil’ yang melekat dengan dirinya.

Que yang juga bapa tunggal kepada dua cahaya mata perempuan pernah berkahwin dengan koreografer tari terkenal, Linda Jasmine pada 2009, namun bercerai secara baik pada 2024.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top