Nubhan Kongsi Keadaan Terkini Mak Jenny

Nubhan Kongsi Keadaan Terkini Mak Jenny

Oh! Artis

Mak Jenny uzur akibat faktor usia, Nubhan ambil inisiatif beli katil khas bagi memudahkan.


Penyanyi Nubhan berkongsi keadaan ibunya, Badariah Omar atau lebih dikenali sebagai Mak Jenny yang kini semakin uzur kerana faktor usia. Perkongsian itu dimuat naik di TikTok yang menunjukkan dia menyediakan katil baharu khas untuk memastikan ibunya lebih selesa di rumah.

Menurut Nubhan, keadaan Mak Jenny bukan disebabkan penyakit serius, tetapi tenaga semakin berkurang seiring peningkatan umur. Disebabkan itu, dia mengambil langkah praktikal bagi membantu urusan harian ibunya.

Nubhan lakukan perubahan demi jaga kebajikan ibu

Nubhan

Nubhan menjelaskan segala yang dikecapinya hari ini adalah hasil pengorbanan ibunya sejak dahulu. Kini apabila Mak Jenny uzur, dia mahu memberikan semula penjagaan terbaik yang mampu dilakukan.

Mak bukan sakit teruk, cuma umur sudah meningkat dan badan tak sekuat seperti dahulu. Semua yang saya bina hari ini bermula daripada tangan wanita ini, sekarang mak makin tak larat. Saya tak mampu balas semua sekurang-kurangnya saya pastikan mak selesa.- Kongsinya.

Nubhan

Katil tersebut dipilih kerana Mak Jenny tidak boleh tidur di permukaan rata yang menyebabkan badannya mudah sakit. Reka bentuk katil itu boleh dilaraskan bagi memberi sokongan ketika berehat atau bangun.

Selain itu, kedudukan katil yang lebih rendah memudahkan Mak Jenny turun dan naik tanpa perlu banyak bergerak. Usaha ini penting bagi memastikan keselamatan warga emas seperti Mak Jenny uzur.

Mak Jenny sendiri pilih katil lebih rendah

Mak Jenny turut berkongsi bahawa dia lebih selesa menggunakan katil rendah kerana mudah untuk berpijak dan bergerak sendiri tanpa bantuan.

Kalau tinggi sangat tilam tu mak tak boleh pakai, elok macam ni sahaja (tilam baharu). Bila rendah kaki mudah nak pijak lantai, senang.- Ucap Mak Jenny.

Dalam perkembangan lain, Nubhan memaklumkan Mak Jenny tidak mengikuti cerita di media sosial termasuk isu rumah tangganya bersama bekas isteri. Fokus utama kini hanyalah menjaga kesihatan dan keselesaan ibunya.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille.

Pssttt! Ohmedia harap korang hargai jasa ibu bapa sementara mereka masih ada. Bila mereka sudah uzur, perhatian kecil kita sebenarnya jadi perkara paling besar dalam hidup mereka.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top