Amin Idris beri teguran Ramadan – “Jangan terus hukum lapan rakaat bukan tarawih”

Amin Idris beri teguran Ramadan – “Jangan terus hukum lapan rakaat bukan tarawih”

Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris, menyelar sikap segelintir individu yang didakwa terlalu cepat menghukum jemaah yang menunaikan solat sunat tarawih sebanyak lapan rakaat sepanjang Ramadan.

Jangan hukum bukan tarawih

amin idris Jangan hukum bukan tarawih

Menerusi satu hantaran di Threads, Amin menegaskan bahawa isu jumlah rakaat tarawih tidak sepatutnya dijadikan bahan perbalahan kerana ia merupakan pilihan yang mempunyai sandaran dalam perbahasan ulama.

Menurutnya, sama ada lapan atau 20 rakaat, kedua-duanya adalah amalan yang diiktiraf dan tidak wajar dipertikaikan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Nak pilih 20 rakaat silakan. Nak pilih 8 pun silakan. Janganlah terus hukum 8 rakaat bukan terawih. Begitu juga 20 rakaat. Yang bermasalah adalah mereka yang langsung tak terawih. Don’t make things complicated,” Ciapan Amin, semalam.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan kebimbangan apabila wujud suara-suara yang seolah-olah melemahkan semangat individu untuk beribadah hanya kerana perbezaan pandangan berkaitan jumlah rakaat.

“Yang malas beribadah dah ramai, tiba-tiba datang suara demotivate mereka yang sekian lama berterawih dengan 8 rakaat yang sememangnya ada nas dan qawl fuqaha’. Jom bangunkan Ramadan,” katanya lagi.

Dalam perbahasan fiqh, jumlah rakaat solat sunat tarawih sememangnya mempunyai perbezaan pandangan.

Terdapat riwayat yang menunjukkan Rasulullah SAW menunaikan solat malam sebanyak lapan rakaat, manakala pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab RA, umat Islam melaksanakannya sebanyak 20 rakaat secara berjemaah.Kedua-dua amalan ini diterima dalam tradisi keilmuan Islam.

Artikel lain: Amin Idris jawab hukum beri alasan belum sedia bertudung – “Hidayah tak boleh ditunggu..”

Sehubungan itu, Amin mengajak umat Islam agar tidak membesarkan perbezaan yang bersifat bercabang itu, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha menghidupkan Ramadan dengan memperbanyakkan ibadah dan memperkukuh ukhwah sesama Muslim.

Sumber: Threads amin_idris

Scroll to Top