am@hmetro.com.my
Padang Besar: Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar sedang mengesan seorang lelaki untuk membantu siasatan berkaitan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Sarih Salleh berkata, individu terbabit dikenal pasti sebagai Mohamad Syazwan Firdaus Mohamad Fazli, 29, yang alamat terakhirnya di Batu 2 1/2 Jalan Tebing Tinggi Kangar, Perlis.
Beliau berkata, individu itu dikehendaki hadir segera ke BSJN IPD Padang Besar untuk membantu siasatan.
“Sehubungan itu, orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan penama di atas diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat BSJN Inspektor Syafiq Muhamad Azhar di talian 04-9492222 atau sambungan 1354 atau 04-9872222.
“Kerjasama daripada orang ramai amat dihargai untuk membantu pihak polis melengkapkan siasatan kes ini, ” katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




